Wednesday, November 12, 2008

Hari ini, terlebih kata-kata dari gambarajah.
Acapkali orang berbadan besar atau dengan panggilan komersial, GEMUK, memakai dress, short pants, sleeveless atau V-neck, mesti ada mata-mata liar memandang dan makcik-makcik mengkritik atau bahasa komersialnya, MENGUTUK, MENGUMPAT, MENGATA. Dan ya, makcik-makcik dan gadis-gadis remaja ini mengkritik, yaampun... kalah Michele dan abang rambut ketak Melodi.
Contoh sesi bualan mereka yang teingin sangat nak join Melodi tapi tak layak:
Makcik A : "Eh Jah, kau cuba tengok budak tu."
Makcik B: Yang pakai baju tali halus tu ke? "
Makcik A: " Yang tu la. Ish nak tayang ketiak dia la tu"
Pandangan saya: Eleh, mesti makcik tu teringin nak pakai tapi ketiak dia tak lawa.
Remaja A: "OMG!! Babe cuba you tengok budak tu. Gila whatever ok"
Remaja B: "Like totally. dah la pakai shortpants. And her legs gila macam gajah"
Remaja A: " Like yea. V-neck lagi. Dah la boobies dia macam Pamela Anderson"
Remaja A & B: "WORD!!! ssssss" *dengan gaya bimbo*
*ssssss* tu macam bunyi kuali panas kena simbah air. Ala macam dalam cerita Hannah Montanna.
Pandangan saya: Kau jeles ke tetek dia besar? Kau jeles kan sebab tetek kau kecik. Kalau ye pon kaki dia macam gajah, kau sakit ke?
Kenapa saya blog macam ni hari ni? Sebab saya suka pakai sleeveless dengan jeans, dan shortpants degan baby-t untuk ke kelas. Dan ada la mata-mata rambang yang memangdang dan mulut-mulut jahat yang mengata saya kerana saya berbadan besar/gemuk.
Abis tu yang kurus pakai V-neck ketat tu, kenapa takda yang nak mengata? Yang kurus pakai shortpants tu?
Kenapa takda suara yang mengata,
"Eee dah la kurus, dia nak tayang apa? dah la flat chest macam tempat kapal terbang landing. Pakai shortpants? Kaki dah la macam batang penyapu"
Ya, kita tak pernah puas. Kadang-kadang nak memuaskan hati sendiri, kita kutuk orang lain. Betapa gemuknya orang itu sebab kita nak rasa yang kita ni kurus.
Labels: MOTOROLA K1